Monday, December 15, 2008
Skali lagi... tayar keter ku pancit lagi. huhuh.. dekat 4 thn aku pakai keter, dah 3 kali pancit. :) skali kat rumah, 2 kali kat opis. Tadi skali lagi tayar ku pancit lagi. adoiii... bukan kena paku, tapi mcm terkopek. Tayar Simex. Kompom pas ni aku x beli dah tayar brand Simex tu. Aku pesan kat korang skali nih.. Nasib baik le hero2 kat opis aku x balik lagi, diorang le yg tolong. Esok pepagi aku kena tunggu kedai tayar bukak, n beli tayar baru. duit dan duit lagi. Masuk lambat le aku ke opis esok..
Hopefully pas ni x de dah benda2 x baper best jadik kat aku n kat semua.. amin.
Posted at Monday, December 15, 2008 by hasta
Permalink
Friday, December 12, 2008
Mlm ni aku bersenang-lenang online dari hall. Mcm dah xde keje nak buat..sesekali rasa free mcm ni, mmg nikmat. Tadi aku carik le gambau utk ditepek kat blog aku, skali tu tetiba mcm gatal plak nak search nama papa. What a suprise, skali ada daaaaa.. unsangkarable. Gambar ni masa dia ada golf tournament dolu2. Papa seorang golfer yg tegar, sampai umur dia skang (71) masih segak menghayun kayu golf cuma dah x baper larat nak jalan jejauh, turun naik bukit kat padang golf (dia naik buggy biasanya skang ni ..ekeke). Juz skang ni, ada kurang sket turun padang. I think, at least twice a week mesti ada turun melawat kebun (pdg golf). Masa gambar ni papa agak muda lagi. Masih seorang government servant (aku umur 12thn papa dah pencen). Papa yg pakai tshirt merah belang2.. hensem kan? ekekek.. muka dia x banyak berubah ngan skang ni (menten beb), juz badan dah susut sket. miss u dad!

Posted at Friday, December 12, 2008 by hasta
Permalink
Thursday, December 11, 2008
| seblas-doblas-kosonglapan |

ALLAH uji keikhlasan bila kita bersendirian...
ALLAH beri kedewasaan bila ada masalah...
ALLAH latih kesabaran dlm kesakitan...
ALLAH tak pernah mengambil sesuatu yg kita sayang
kecuali menggantikan dgn yg lebih baik..InsyaALLAH

**x ingat kat mana aku cilok ayat ni.. credit to u know who u are.
| seblas-doblas-kosonglapan |
Posted at Thursday, December 11, 2008 by hasta
Permalink
Wednesday, December 10, 2008
Sebab2 terbengkalai :- 1. keje yg berlambak-lambak 2. bz ngan esaimen n exam 3. laptop corrupt maka x leh nak bersenang-lenang online kat rumah.
Segala benda berkaitan blog terbengkalai serta merta.Jangan kata nak update blog, jengah blog org lain pun tak. Skang ni, 1. keje masih menten berlambak-lambak, siap bertambah-tambah lagik. 2. Esaimen dah submit n exam dah abis 3. Dah beli laptop baru *wink wink*. Insyallah blog akan disambung update (tu pun workload berkurangan - nampak mcm xkan berkurang jek)
**Salam Aidiladha. Kenyang makan daging korban tak korang?
Posted at Wednesday, December 10, 2008 by hasta
Permalink
Monday, November 24, 2008
| hobi lama, gadget baru tapi sekenhen |
Aku mmg minat amik gambar, apatah lagi bergambar. Tersangatlah aku suka. ekekeke.. gigam katanya.. :P
Bebaru ni, sorang member kolej aku nak tolak camera Canon 400D kat aku. Dia dah ada 3 camera, so nak tolak satu. Dia bagi offer itu ini..dan aku deal itu ini, dalam masa 3 hari aku bagi keputusan nak beli. huhuhuhuh.. dalam keadaan ekonomi aku yg sgt ketat, aku still boleh ngan slumbernya membeli ngan harga melebih 1K ++. No regret sbb mmg aku nak benda tuh (yg basic utk hobi aku nih - upgrade). Dan member aku bagi bayar 2 kali.. hahaha..
Aku baru sempat test skali je.. masa family vacation ke PD hari tu. Pastu aku dah bz ngan esaimen, exam dan sebaginya. Pas ni, aku nak test plak.. asah skill (giler naif aku bab2 ni - manual pun x abis baca lagi, sibuk baca buku pelajaran. ahaks!). Ni aku nk share sket gambar yg aku amik.. main petik je.. ni kira gambar raw sbb aku x edit apa pun.
j


** Sila lah komen.. ekeke.. :)
| hobi lama, gadget baru tapi sekenhen |
Posted at Monday, November 24, 2008 by hasta
Permalink
Don't buy Vista Security